Nu*rule's FotoPage

By: Nu Rule

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Apr-2007 07:49 Email | Share | Bookmark
JMD Adventure - Air Terjun Jelawang, Dabong, Kelantan [Part II]

Di keheningan pagi... ramai yg menantikan sunrise..



..termasuk kambing2 ku bersama sliper yg di tinggalkan..



dlm kabus pagi....



termenung di pagi hari...tukang masak pun x bangun lagi..cloud 9 lah aje yg jadi santapan..



baru la kenyang.. nina yg berkeinginan mengenakan.. telah pun terkena.. berjaya menelan sambal sardin sesudu.. hehe



Continue climbing towards the meeting point of waterfall fr Gunung Ayam + waterfall fr Gunung Stong









Quote:
Sambungan nukilan Cik Aliyah Adon.....

Kami meneruskan pendakian yang belum selesai. Kali ini agak tidak menuntut kudrat kami yang dah tinggal berapa kerat. Bobo cakap ini adalah pendakian tahap terakhir untuk sampai ke base camp tempat kami akan mendirikan khemah dan bermalam. Dalam perjalanan, kami bertembung dengan tiga orang pemuda penduduk tempatan tidak berbaju dan hanya berseluar jeans memikul barang yang sememangnya berat. Bukan mengangkat backpack seperti kami tetapi memikul kotak berisi air mineral, toto dan barang-barang lain yang aku tidak ketahui isinya. Kasihan pun ada melihat mereka berhempas-pulas mengangkat barang-barang tersebut. “Barang sapa yang korang bawak ni?”, kata Bobo. “Barang ada sorang Cina ni. Datang dengan keluarga. Suruh kami bawak sekotak air mineral. Toto. Aja giler’, ujar salah seorang dari mereka dalam loghat Kelantan. Nak buat macam mana, dah itu punca rezeki mereka. Melihat itu, aku bersyukur dengan kehidupan aku yang tidaklah cukup mewah tapi tidaklah sesusah mereka. Kadang-kadang aku take for granted dengan aap yang aku ada. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Sebenarnya aku bernasib baik kerana mempunyai kehidupan yang selesa.

Bobo dan aku mendahului kumpulan dan sampai di Baha base camp tepat jam 2.10 petang (kali ini aku dengan yakin menyatakan waktu tiba sebab aku dok perhatikan jam). Suasana di Baha base camp agak meriah. Rupa-rupanya ramai juga yang berkhemah di base camp ini. Ingatkan kami bersepuluh saja. Aku sudah tidak boleh berkata walau sepatah. Sekadar mengangguk dan menggelengkan kepala bila ditanya dan sekadar menjawab sepatah bila disoal. Di wakaf di Baha base camp, Bobo bertegur mesra dengan seorang abang berambut panjang dan berkaca mata. Namanya aku memang tak ingat (aku ni ada short term memory specialist in forgetting people’s name in a second disease. Dan selalu tersasul memanggil nama orang. Banyak makan semut agaknya…itu kata orang tua-tua bagi sesiapa yang cepat lupa. Tiada pula kajian saintifik yang menyokong fakta tersebut. Apa yang tersirat disebalik perumpamaan itu masih lagi menjadi misteri). Aku sempat juga bertegur sapa dengan Kak Lin (aku agak mungkin dia isteri abang berambut panjang berkaca mata itu). Rupa-rupanya setiap hujung minngu dia pasti akan bertandang ke sini. Abang rambut panjang berkaca mata ialah renjer di situ. Jadi memang selalu dia bertandang ke situ. “Wow…impress. Alah bisa tegal biasa”,gumam hatiku, kagum dengan Kak Lin.

Tepat jam 2.20 (aku yakin sebab aku perhatikan jam sekali lagi), Nina, Lynn, Nuar dan Mijan sampai. Sampai-sampai saja, Lynn mengomel, "Nuar ni tipu la. Dari tadi cakap last lap, last last. Berapa kali last lap ntah'. Aku lihat Nina dan Nuar gelak besar. Aku pun turut sama gelak besar melihat telatah Lynn. Nuar menyampuk, "Betul la last lap...hahahhaha. Kelakar aku dengar kau merungut Lynn. Asyik-asyik last lap. Asyik-asyik last lap", Nuar berkata dalam nada ajukan suara Lynn. Kami yang lain tak tahan gelak melihat gelagat mereka. Sekali lagi aku, Nina dan Lynn leka mengambil gambar sambil yang lelaki berbual dengan mereka yang lain di wakaf. Ada yang memetik gitar sambil bernyanyi untuk mengisi masa lapang. Selang 15 minit kemudian, Lynn, Ai, Nor dan Syawal sampai. Nina mengambil gambar mereka tiba di bawah gerbang Baha base camp. Ahli lelaki mengajak untuk makan tengahari di batuan sambil menikmati keindahan berada di ¾ puncak gunung. Aku dengan segan mengendeng pada Nuar untuk meminta beg kasut aku kerana makanan tengahari aku di dalam beg itu. Bukan apa, sudah la Nuar perlu membawa periuk belanga dan yang sewaktu dengannya, aku pula membebankannya dengan memberatkan lagi bebanan begnya yang sedia ada dengan beg kasut aku. Rasa bersalah pun ada. “Nuar, nak beg kasut. Terima kasih ya”, aku dengan nada lembut menyapa Nuar kerana rasa bersalah. “Macam tak ikhlas je cakap terima kasih,” Nuar membalas. “Alamak, aku punya lemah lembut cakap macam ni dia cakap macam tak ikhlas?”, dalam hati aku berkata sambil tergamam. Tapi aku cepat-cepat buat gelak sebab aku tahu Nuar memang suka menyakat.

Kami ke batuan untuk menikmati hidangan tengahari sambil ditemani hembusan angin bukit yang nyaman. Amat tenang aku rasakan. Hidangan tengahari yang tak seberapa seakan hidangan maharaja aku rasakan. Nikmatnya tak terkata. Kami mengambil lagi beberapa keping gambar untuk mengabadikan saat itu. Dalam kami hendak menyudahkan santapan, hujan turun rintik-rintik. Bobo, Nuar, Syawal dan Mijan menyegerakan menyudahkan makanan kerana mereka mahu mendirikan khemah. Sekurang-kurangnya ada tempat berteduh jika hujan. Kami yang perempuan juga turut lekas menyudahkan makanan. Kami balik semula ke wakaf tempat kami sampai dan setelah mengangkat beg, kami berangkat ke tapak mendirikan khemah. Lebih kurang 30 meter dari wakaf dan berdekatan dengan air terjun. Aku sudah jatuh cinta pandang pertama pada tempat ini. Sambil yang lelaki memasang khemah, aku melihat keadaan sekitar. Aku mula berangan-angan untuk mendirikan rumah di tempat seperti ini. Mendengar deruan air terjun, bunyi unggas, menghirup udara segar dan melihat rama-rama berterbangan. Memang indah dan nyaman. Penat mendaki hilang serta-merta. Aku mengambil 2,3 keping gambar pemandangan dan candid gambar ahli yang lain yang sedang sibuk memasang khemah.

Part IV

Aku dan Nor sempat shoot beberapa gambar peribadi sebagai buah tangan. Kemudian aku menolong mana yang patut dengan khemah yang sudah pun siap didirikan (ke aku cuma menyibuk??hehe). Aku, Nina, Nurul dan Lynn ditempatkan dalam satu khemah manakala Nor dan Ai di khemah satu lagi (kenapa kami berempat dan mereka berdua?erm...sebab kami ni kecil molek..jadi muat la satu khemah empat orang..haha).



Kami melepak dalam khemah sebentar dan selepas itu apa lagi....aktiviti mandi manda....kedebush....sorang demi sorang terjun dalam air yang memang sejuk tahap maksima hinggakan kaki aku ‘cramp’ acap kali memcecah air. Padahal waktu itu pukul 1500. Tapi air terjun itu memang betul-betul sejuk hingga menjamah ke tulang-belulang. Tapi lama-kelamaan, sejuk air terjun seakan tiada apa. Makin seronok pula kami berendam. Bukan setakat berendam, malah aktiviti salun pun ada. Cuci rambut dengan massage belakang badan dimulakan oleh Lynn, iikuti oleh Ai dan Nurul. Aku sempat mencari batu yang licin permukaannya untuk menggosok kekotoran/daki-daki yang entah berapa lama duduk bertapa di badanku. Melihat aku asyik menngosok batu licin ke kaki, yang lain pun ikut serta. Senang cerita, aktiviti kami macam ala-ala berada di salun. Biasa la kan...perempuan. Tanpa sedar sudah 2 jam kami di air terjun. Sampai kecut-kecut jari tangan dan kaki. Ahli lelaki mungkin sibuk menyiapkan persiapan makan malam dan mendirikan tempat berteduh. Biarlah mereka yang buat. Mereka kan kuat..haha.



Setelah 2 jam berendam, kami naik ke khemah. Memang betul, Syawal, Bobo, Nuar dan Mijan masih lagi sibuk menyiapkan yang perlu. Setelah menyalin baju, aku, Nina dan Nurul sholat jamak dan qasar dalam khemah. Solat sambil duduk. Itulah pengalaman pertama aku sholat sambil duduk. Aku ingatkan sholat sambil duduk hanya dibolehkan untuk mereka yang sakit sahaja. Rupa-rupanya menurut Nurul, dalam situasi kami, dibolehkan. Sememangnya Islam itu mudah dan praktikal. Jadi tiada alasan untuk tidak menunaikan sholat.



Selesai sholat, aku lihat Syawal, Bobo, Nuar dan Mijan sudah hilang. Mereka mungkin pergi bermandi-manda dan membersihkan diri setelah penat mendaki. Kami sekadar berjalan di sekitar khemah dan duduk di bawah tempat teduhan (tempat untuk memasak) dan berbual-bual. Bermacam-macam topik perbualan tapi aku sudah lupa isi kandungan perbualan kami. Sedang asyik kami berbual, hujan turun dengan lebatnya. Aku sempat menyambar baju trekking yang digantung untuk kering (yang basah dek peluh) dan sempat menyimpan kasut trekking dalam beg plastik untuk mengelakkan daripada basah. Yang lain tidak pula aku ketahui sama ada mereka sempat menyelamatkan barang-barang mereka dari basah atau tidak. Kami masuk ke dalam khemah untuk mengelakkan diri dari basah. Bobo, Syawal, Nuar dan Mijan di luar agaknya berteduh di bawah tempat teduhan yang terbuka. Kesian mereka. Tapi takpe..mereka kan kuat...hehe.



Tanpa sedar, malam menjelang tiba. Keluar khemah, bau ayam panggang menusuk ke hidung. Tanpa semena-mena perut yang memang berkeroncong berbunyi. Mujur Nina, Nurul dan Lynn tidak mendengar irama perut aku yang sudah berlagu dangdut, keroncong, rock, irama malaysia, world music (yang world music ni, Nor lebih arif...hehe) dan macam-macam genre muzik la. Jika tidak, malu juga. Aku dengan ringan hati menolong Bobo menyudahkan kerja memanggang ayam. Aku sekadar menolong dan menyibuk sebenarnya. Perut dah lapar, kena la tolong kalau tak berkurun la baru dapat makan..hehe. Aku lihat, Bobo yang bertungkus-lumus memasak. Memang pakar la. Kalau suruh aku yang masak memang terkulat-kulat. Lembab. Mahu pagi esok baru siap. Masak air boleh la..haha. Mungkin Mijan tolong sama cuma yang aku nampak Bobo sorang yang sibuk. Syawal dan Nuar lagak bagai Jeneral dan Sarjan. Mengeluarkan arahan saja. Bukan mahu ringankan tulang. (Jangan marah ya Syawal dan Nuar...gurau je no). Nina, Nurul, Lynn, Ai , Nor, Nuar dan Mijan turun ke gigi air terjun membasuh pinggan mangkuk dan mengambil bekalan air minuman. Sedang aku tengah sibuk membalik-balikkan ayam yang dipanggang, Bobo masak sayur kobis goreng pedas, sardin dan telur dadar. Nuar seperti biasa mengusik aku yang sedang leka menyudahkan memanggang ayam. Syawal meng’capture’ detik aku sedang sibuk membalik-balikkan ayam. Sempat juga aku berposing sambil menunjukkan sudip tanda aku jadi tukang masaknya malam itu. Gambar api menyambar tinggi menjadikan sesetengah ayam menjadi hangus turut sempat diabadikan dalam kamera aku. Aku disuruh menjadi tukang rasa semasa Bobo masak lauk sardin. “Cuba rasa kuah sardin ni Aliyah. Ok tak?”, tanya Bobo sambil sesudu kuah sardin disuakan kepada aku. Aku dengan mamai, merasa kuah sardin yang disuakan. “Erm...macam masin sikit la Bo”, jawab aku. Selang 2 minit, muka aku berubah. Aku dengan pantas mengarahkan Bobo menghulurkan air teh panas. Aku baru teringat yang aku tak boleh makan sardin. Aku memang tak boleh makan. Bukan setakat makan, menjamah dan menghidu bau sardin buat tekak aku loya. Padahal waktu kecil dulu, lauk sardinlah yang menjadi makanan favorite. Hari-hari makan sardin pun tak mengapa. Tapi disebabkan satu insiden, aku fobia dengan sardin. Insiden apa? Biarlah rahsia...haha. Ayam panggang, sayur kobis goreng pedas, sardin, telur dadar menjadi hidangan malam kami. Ditambah dengan nasi panas dan hujan, hidangan malam tu memang sungguh enak aku rasakan. Sedang aku, Bobo dan Nuar menghidangkan makanan, ahli perempuan sampai. Syawal dengan tidak berlengah mengambil gambar mereka berjalan di waktu malam sambil mengangkat air sebagai kenangan. Owh ya...lupa pula aku nak nyatakan. Masing-masing mengeluarkan pinggan mangkuk plastik dan cawan yang memang dari awal sudah dipesan oleh Bobo untuk dibawa bersama. Senang. Sendiri makan, sendiri la kena bawa pinggan dan cawan. Di situasi ini, berlaku satu peristiwa yang menjadi bahan lawak Syawal. Lynn yang menjadi mangsa kerana dia membawa bekas dan cawan berwarna pink. Memang comel ala-ala pinggan dan Barbie Doll. Syawal tak habis-habis menyakat dan mengusik Lynn lantaran pinggan dan cawannya yang comel. “Dalam banyak-banyak benda yang akan aku kenang for this trip..it’s gonna be this pinggan dan cawan...hahaha”, kata Syawal sambil mengangkat tinggi pinggan Lynn. Syawal memang nakal. Kesian Lynn. Biarlah kalau Lynn nak bawa apa pun janji ada pinggan untuk dimakan. Setelah kenyang, pinggan mangkuk yang kotor dilonggokkan ke tepi. “Letak je tepi. Esok baru basuh. Jom kita pegi kat batu yang kita lepak makan tengahari tadi. Boleh tengok kabus.”, kata ahli-ahli lelaki serentak. Kami sekadar tolak ke tepi pinggan-pinggan dan cawan yang kotor di suatu sudut.



Dingin malam kian terasa hingga ke tulang. Aku yang meminjam jaket Nina (kerana betapa bebalnya aku meninggalkan jaket di pondok tempat ketibaan) memulangkan semula kepada Nina kerana dia juga kesejukan. Mahu tak mahu, aku bertanya pada Nuar untuk meminjam jaketnya jika ada. Nasib baik ada, kalau tidak mahu aku merengkot kesejukan di batuan itu nanti. Sudahlah aku sekadar memakai sleeveless tank top untuk tidur. Tak dapat aku bayangkan aku yang bakal kesejukan. Aku pun satu, mana praktikal pakaian tidur dengan sleeveless tank top untuk dipakai di gunung. Aku memang agak ganjil. Orang lain berlengan panjang, aku selamba memakai tank top. Bila ingatkan balik, memang gila. ;p



Kami pun beramai-ramai menuju ke batuan dalam satu barisan kerana tak semua yang ada lampu suluh. Jadi kami beratur berselang-seli dengan mereka yang ada membawa lampu suluh. Aku agak meraban sedikit bila berjalan malam kerana penglihatan aku kurang awas di waktu malam. Aku agak, aku rabun malam. (Pernah dulu, sewaktu mahu mengambil adik aku pulang dari tuisyen di waktu malam, aku hampir-hampir mahu masuk ke dalam longkang kerana kurang nampak. Tapi nasib baik aku boleh pula membawa kereta di waktu malam. Mungkin rabun malam aku tidak serius. Dalam keluarga, hanya aku dan abah sahaja yang masih elok lagi penglihatan. Yang lain semua memakai kaca mata...cerita ini sekadar info saja takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati). Aku dan Nina membawa camera. Tak mahu lepas kan peluang bergambar...lagi.



Pada mulanya kami yang perempuan berkumpul di suatu sudut, sibuk bergambar dan bercerita dan ada juga yang melayan perasaan. Ahli lelaki pula berkumpul di suatu sudut yang lain. Mereka cuma melepak dan berbaring. Ada juga mereka tolong mengambil gambar kami. Selalu dalam satu frame memang tak cukup berenam. Bila ahli lelaki tolong ambilkan gambar, barulah kami cukup forum. Barulah lengkap. Mereka tidak mengambil gambar. Cuma aku sekali sekala candid gambar mereka tanpa mereka sedar. Jam merangkak ke pukul 11 malam. Nurul, Nor dan Ai susah mengantuk dan tambahan pula Nor dan Ai perlu melunaskan hajat kecil. Jadi mereka bertiga pulang ke khemah awal. Tinggallah aku, Nina, Lynn, Bobo, Nuar, Syawal dan Mijan. Kami berkumpul dan bercerita dengan bermacam-macam cerita dan usik-mengusik sesama kami. Tanpa sedar, jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Bobo dan ahli lelaki yang lain mengajak untuk pulang ke khemah. Katanya esok perlu bangun awal dan meneruskan trek ke kawasan air terjun yang lagi cantik pemandangannya. Jadi perlu tidur awal agar tidak letih.



Sampai di camp, aku terus menelan 2 biji panadol kerana pening tapi air minuman pula tiada dalam khemah. Terpaksa la aku keluar sambil berselubung dengan selimut merah mencari air minuman. Sampai di luar, air panas mendidih saja yang ada. Mahu tak mahu, aku terpaksa menunggu hingga air sejuk sedikit untuk makan ubat. Aku lihat Nina, Bobo dan Syawal ada di luar sedang berbual. “Jom la main colek,” kata Syawal. Aku yang tujuan asal sekadar untuk menunggu air panas menjadi sejuk dan terus masuk tidur, telah tersasar tujuan. Aku pun duduk bersila mengadap mereka bertiga bersedia untuk bermain colek. Nina, Bobo dan Syawal mula bertekak tentang siapa yang hebat antara mereka bertiga. Agak riuh juga sampai aku suruh mereka memperlahankan suara kerana yang lain lena diulit mimpi. Nuar dah lena berdengkur. Mijan pula tak mahu ikut serta. Malu la tu. Pemalu betul lelaki sorang ni mengalahkan perempuan. Aku sekadar memerhatikan saja. Aku main sekadar suka-suka dan tiada strategi pun. Menang kalah tiada masalah. Dalam pada kami main, Syawal sempat menyampuk kepadaku “Eh, kau ni Aliyah, orang cakap suruh bawak baju tidur...kau memang betul-betul bawak baju tidur eh. Siap dengan selimut tidur lagi. Haha”. “La...aku nak tidur, kena la pakai yang comfortable. Lagipun aku mana ada sleeping bag. Tu pasal la aku bawak selimut”, aku membidas. Tapi memang kelakar kerana aku sorang saja yang memakai pakaian tidur yang lengkap seperti dirumah..berseluar tidur pink polka dot putih dan tank top hitam. Manakala yang lain memakai t-shirt dan seluar trek. Mana la si Syawal tak naik hairan melihat pakaian tidur aku. Aku pula tak terfikir yang atas gunung sejuk. Aku main ikut suka saja buat macam rumah sendiri. Memang kelakar bila teringat balik kejadian malam itu.



Setelah penat bermain colek, kami masuk tidur. Aku sempat berpesan pada Nina supaya set alarm jam 630 pagi untuk bangun sholat Subuh. Aku agak tidak selesa sepanjang malam kerana tidur bealaskan akar-akar pokok kecil yang tumbuh menjalar. Sekejap berkalih ke kiri, sekejap berkalih ke kanan. Aku lihat yang lain lena tidur. Siap berselimut lagi. Aku sahaja yang macam cacing kepanasan dengan tidak berselimut cuma sekadar berstokin nipis. Tepat jam 630 pagi, loceng jam berbunyi. Aku orang pertama yang bangkit lalu mengejut Nina dan Nurul. Aku lihat Nurul lena tidurnya. Tak sampai hati pula mahu mengejutkannya. Lalu aku picit-picit kakinya suruh bangun agar tidak bangun mengejut. Aku lihat makin lena pula dia tidur. Mahu saja aku picit kuat-kuat biar dia terkejut tapi tak sampai hati. Lalu aku memanggil lembut namanya. “Nurul...nak bangun tak? Aku nak pi ambik air sembahyang ni. Nak sholat Subuh. Nak ikut tak?”.Barulah Nurul bangun. Lynn turut sama bangun bila mendengar suasana yang bising yang mengganggu tidurnnya. “Korang nak pegi mana ni?,” sapa Lynn sambil menggosok-gosok matanya. “Kitaorang nak pegi ambik air sembahyang, cuci muka and gosok gigi.Nak ikut tak?”, aku menjawab ringkas. Lynn sekadar mengangguk-anggukkan kepala. Setelah siap sekadar yang perlu, aku, Nina, Lynn dan Nurul keluar khemah menuju gigi air untuk menbersihkan diri dan membuang hajat kecil serta mengambil air sembahyang. Setelah selesai kami berangkat pulang ke khemah. Nurul mendahului kami. Dengan tidak semena-mena, Nurul tersilap langkah lalu jatuh tersembam mengena batu besar. Nina menjerit kecil, “Nurul!!! Kau ok tak?”. Nurul diam sebentar sebelum manjawab pertanyaan Nina,”Aku terslip la. Tersilap langkah. Aku dok tahan dengan tangan so that badan aku tak terhempas...tup tup bibir aku tercium batu...adoi....sakit la”. Kesian Nurul. Keadaan pagi yang gelap membawa petaka kepada Nurul. Nasib baik tak serius. Risau juga aku. Kami perlahan-lahan menaiki bukit untuk pulang ke khemah. Setelah sholat Subuh, kami bersiap untuk aktiviti pagi. Nurul mengejutkan Syawal sementara aku, Nina dan Lynn bergambar.

Pada waktu inilah insiden lucu dan menjadi bebelan Syawal. Mahu tahu??....tunggu sambungan Part 5. Haha…


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net