Nu*rule's FotoPage

By: Nu Rule

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 31-Mar-2007 09:03 Email | Share | Bookmark
JMD Adventure - Ait Terjun Jelawang, Dabong, Kelantan [Day One]

Our Destination..



In the train heading to Dabong, ..What an adventure!! aIR-cOnd LosAk & only kat OuR cOach jee!! huaaaAAAAAaaaa......



But no worries.. colek ada!!

at last, we are in DABONG!!



sempat juga seberang rail sambil bergambar.. aduhai kambing2 ku ini..



van out of roadtax!! kena chartered school bus!!



stopped in the middle of the road to pose for a great picture!!



At the resort area - packed our bags again & getting ready!!



shoes!! perfect shoes - importante!!



And the journey begins....with break for 5(s...) in between; Before the "actual" 1st pitstopped!! hehehe



watta relieve!!!



superb! fantastic view!!





and the journey continues till the next stop...



and to the top!!!





breathtaking view!!



can't get our butt off the ground!! & hungry for fud...



unpacked our bags again.. to set up the tents..



and it's ready!!



aliya's creativity on the photos..





mandi duluuuuuu!! blupp bluppp...



after dinner.. posin2 lagi




Quote:
Hasil nukilan Cik Aliyah Adon.....

Hari ini tiada apa-apa yang luar biasa, cuma perbualan aku dan Nina agak di luar kebiasaan. Sedang aku leka menikmati hidangan tengahari, dengan tidak semena-mena Nina memecah kesunyian, “Aliyah, next week Nina join ekspedisi Gunung Dabong. Nak join?”. Aku dengan tidak berfikir panjang, terus mengangguk tanda setuju. Aku perhatikan muka Nina agak terkejut. Mungkin tidak menyangka bahwa aku akan terus setuju tanpa berfikir dua kali atau mungkin dia terkedu kerana ajakannya mungkin sekadar ‘ajak-ajak ayam’. Aku tergelak melihat reaksi Nina. Aku dan Nina merupakan rakan sekerja. Sejak akhir-akhir ini, kami agak rapat. Mungkin itu salah satu sebab mengapa Nina mengajak aku turut serta. Aku pun tak tahu kenapa aku terus setuju untuk turut serta tanpa berfikir panjang. Kadang-kadang, aku memang sukar dijangka. Jika orang lain ‘confuse’ dengan aku, aku lagi ‘confuse’ dengan diri aku sendiri. Lagipun aku memang perlukan ‘rawatan minda’ kerana semenjak dua menjak ni, fikiran aku agak kusut dengan hal-hal yang tak diduga.

“Eh, tough ke ekspedisi ni? Nak kena panjat-panjat gunung ke? Aku kalau bab panjat-panjat gunung ni ‘surrender’….dulu pernah sekali dua naik Air Terjun Gabai, memang semput la. Kat mana gunung Dabong ni? Sapa yang ‘organize’?”, tanya aku bertubi-tubi sewaktu berjalan pulang dari makan tengahari. “Alah…tak teruk sangat la. Kawan Nina cakap just lalu denai sikit, lepas tu sampai la. Dabong tu kat Kelantan. Syawal, suami Nurul yang organize”, ujar Nina. Hati aku sedikit lega mendengar penjelasan Nina. Tak sabar rasanya menunggu hari ekspedisi. Aku agak teruja kerana ini adalah pengalaman “adventure” aku yang pertama. Tak pernah aku buat sebelum ni. “Tapi jangan kecoh-kecoh tau. Nanti bising pulak seniorita-seniorita kat ofis. Boleh jadi bahan forum. Ni projek rahsia. Just Nina, Aliyah and Azza je yang tau benda ni”, ujar Nina lagi. Aku dan Nina memang sedia maklum dengan perangai seniorita-seniorita yang suka menjaga tepi kain orang di pejabat. Sudah lali. Azza juga adalah rakan sekerja aku. Kami bertiga selalu keluar makan bersama baik breakfast atau lunch. Tapi Azza lunch bersama parents dia pada hari itu, jadi aku dan Nina ditinggalkannya.

Kami akan bertolak malam Jumaat dan akan sampai semula di KL pagi Isnin. Mana sempat nak pegi kerja. Jadi aku pun mengisi borang cuti. Seniorita-seniorita pejabat aku menggesa aku supaya datang ke Farewell Party pada hari Isnin di mana aku sudah pun mohon cuti tu. Tapi aku bagi alasan aku pulang ke kampung, jadi memang tak sempat nak hadirkan diri. Dalam pada itu aku nampak Nina tersenyum kambing melihat aku terkial-kial memberikan alasan.

Bayaran ekspedisi sebanyak RM120 (full package- dari pengangkutan pergi balik & transit, tempat tinggal dan makanan) aku bayar pada Nina. Aku percaya, akulah orang pertama yang membayar bayaran ekspedisi. Diskusi tentang pengembaraan ke Gunung Dabong yang diklasifikasikan sebagai project rahsia dilancarkan. Kumpulan wanita menggelarkan diri mereka sebagai JDM Team (JDM..ermm..bunyinya seperti sebuah pertubuhan ajaran sesat..sounds mysterious…hahaha. Sebenarnya aku tiada idea apa maksud singkatan JDM, sebab itulah aku saja buat lawak mengatakan JDM itu singkatan nama kumpulan ajaran sesat.). Ahli-ahli kumpulan JDM yang lain terdiri daripada Nurul, Nor, Lynn dan Ai (aku tak pernah jumpa mereka semua, sekadar mendengar cerita dari mulut Nina). Ahli kumpulan lelaki masih samar-samar kerana aku langsung tak mengenali mereka, cuma sekadar tahu bahawa salah seorang dari mereka ialah suami Nurul. Perkembangan dan perbincangan tentang ekspedisi diteruskan melalui email. Dari keperluan yang perlu dibawa, itinerary perjalanan hinggalah ke soal Atkins diet dan tak lupa JDM. Barulah aku tahu bahawa JDM ialah Jamu Mak Dara dan bukanlah pertubuhan ajaran sesat seperti bayangan imaginasi aku..haha. Sempat juga Nurul mengajak aku turut serta.

Aku, Nina dan Azza keluar makan tenghari selepas menemankan Nina ke Public Bank untuk deposit cek. Disebabkan tiada parking, aku dan Azza sanggup mendepositkan cek sebab kami tak tahu bawa kereta manual. Nina sekadar gelakkan aku dan Azza. Selepas itu, Nina perlu berjumpa Nurul untuk menyerahkan purse Nurul yang dengan tidak sengaja dibawa pulang oleh Nina dan kebetulan Nurul pula perlu menyerahkan bagpack seperti yang diminta oleh Nina. Rancangan asal untuk makan tengahari bersama Nurul terpaksa dibatalkan kerana masing-masing terikat dengan jadual kerja yang berbeza dan waktu rehat yang singkat. Jadi rancangan untuk bertukar barang melalui tingkap kereta dilancarkan (seperti adegan menyeludup barang haram…hahaha). Melalui babak bertukar barang melalui tingkap kereta, aku mengenali Nurul.

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Aku pergi ke pejabat seperti biasa dengan membawa backpack dan barang-barang keperluan ekspedisi. Aku sanggup datang awal tepat jam 0800 supaya aku boleh pulang tepat jam 1700. Keretapi bertolak ke Dabong jam 2030, jadi aku tak mahu tergesa-gesa dan kelam-kabut. Pukul 1715, aku ikut Nina pulang ke rumah untuk salin pakaian yang sesuai. Aku bertolak ke KL Sentral bersama Nina jam 1915 dengan dihantar oleh adik Nina. Dalam perjalanan ke KL Sentral, kawan Nina, Lynn sudah merengek minta lekas sampai kerana hanya dia seorang yang sudah berada di KL Sentarl, tempat berkumpul seperti yang telah dirancang. Lynn sudah sampai di KL Sentral seawal 1730 lagi. Sampai di KL Sentral, kami terus menuju ke tempat tungguan Lynn. Dia sedang duduk melanguk mengadap TV. Aku dikenalkan buat kali pertama kali dengan Lynn. “Nampak agak tidak peramah” getus hati aku. Tapi mungkin sebab ini kali pertama jumpa jadi agak kekok. Nina sempat membeli sandal berwarna hitam. Agak comel juga sandal itu. Tidak lama selepas itu, aku bertemu Nor dan Ai. Kami pergi menunaikan sholat Magrib dan Isyak bersama meninggalkan Lynn sebatang kara sekali lagi dan ditugaskan menjaga barang-barang kami. Selepas solat, aku berborak dengan Nor sementara menunggu Nina dan Ai selesai solat. Agak lama aku berborak dengan Nor tapi kelibat Nina dan Ai masih tidak muncul tiba. Aku agak mereka mesti dah meninggalkan aku dan Nor, lalu aku pun pergi ke tempat tungguan. Sah, memang diaorang dah ada di tempat tungguan. “Cet…penat je tunggu kan Nor”, kata aku pada Nor. Nor sekadar menggangukkan kepala. Kami mundar-mandir di sekitar tempat tungguan, sementara menunggu ahli-ahli yang lain. Kami berborak dan mengenali sesama sendiri sekadar yang perlu. “Eh, korang tak lapar ke? Aku lapar la. Jom pi beli apa-apa yang patut. Boleh makan dalam train. Korang nak apa?’, Nina mencelah sedang kami leka berborak. Kami sepakat membeli burger KFC memandangkan itu saja tempat yang paling dekat dengan tepat tungguan. Sementara Nina membelikan kami burger, Nurul sampai. Aku masih tidak nampak kelibat ahli-ahli lelaki yang lain.

Nurul dah merungut-rungut kerana kami lambat. “Korang sampai pukul berapa? Kenapa tak beli awal-awal? Keretapi dah nak gerak ni.”, agak tegang suara Nurul. Kami hanya mendiamkan diri kerana kami tahu salah kami. Sampai awal tapi tak buat apa yang patut. Dalam kelam-kabut tu, beg Nina yang dipegang Syawal tercabut di bahagian pemegang. Setelah semua ahli cukup, kami turun ke platform manaiki train di gerabak F4 (macam nama kumpulan cina yang berlakon meteor garden pulak). Aku bergerak pantas kerana dalam beberapa minit lagi tren akan berlepas. Aku memang ada satu tabiat tak boleh panik. Sebab itulah aku berjalan laju di depan. Kami orang terakhir yang menaiki tren kerana menunggu Nina. Barulah aku nampak ahli-ahli lelaki yang lain. 4 orang semuanya termasuk Syawal selaku ketua ekspedisi.

Sampai saja di tempat kami, semua muka terkejut. Bukan apa, tempatnya panas macam kena panggang. Mahu tak terkejut. Tapi masing-masing melayan perasaan dan berpendapat sebentar lagi pendingin hawa akan dihidupkan. Kami menunggu lama. Semua dah gelisah dek panas. Kami tunggu sehingga penjaga tiket sampai. Syawal pun bertanya, “Bang, air-cond rosak ke? Kenapa tak on lagi. Dah separuh masak kitaorang ni.”. Penjaga tiket yang tidak diketahui namanya (malas nak beramah mesra kalau duduk panas macam dalam oven ni) cuma menyatakan, “ Sabar ya. Gas habis. Kat Gemas nanti baru betulkan. Gerabak ni je yang rosak air-condnya.”. “Mak aiiii…lama tu”, getus hatiku. Tapi apa boleh buat. Buat bodoh je la.

Aku masih belum bermesra lagi dengan ahli-ahli lelaki tapi ahli yang perempuan cepat mesra. Kerana panas dan bosan, Ai mengajak bermain daun terup. Aku agak dah berpuluh kali kami main tapi itu pun tak dapat meredakan panas yang melanda. Dalam panas-panas itu, Ai menyampuk sambil menunjukkan jam tangannya, " Eh, korang, sapa nak jam ni? Actually aku terambik jam orang masa kat surau kat KL Sentral tadi la. Nak pakai takut kena sumpah.Haha. Aku siap boleh sumpah lagi - Sukahati diaorang je nak campak-campak jam aku. Ishh...". Rupa-rupanya jam tangan yang disangka Ai miliknya dan dicampak/dilempar sesukahati oleh ahli jemaah di surau adalah kepunyaan orang lain kerana jamnya terselit di celah-celah ruang dalam porchnya sendiri. Kami tergelak mendengar telatah Ai lebih-lebih lagi Nina sebab dialah saksi tunggal kejadian itu. Dalam pada itu aku sempat melawak, “Korang semua panas kan. Nak sejuk tak? Tepek muka korang kat kaki meja kita ni sebab benda ni je yang sejuk.” Mereka sekadar gelak sinis mendengar lawak aku. Aku pun satu, dah tau orang lain tengah panas, aku buat lawak. Perjalanan kami ke Dabong mengambil masa 17 jam dan berhenti sebentar-sebentar di sesetengah stesen. Di stesen Gemas berhenti agak lama kerana pendingin hawa di gerabak kami perlu dibaiki. Harap-harap eloklah. Nampaknya harapan aku punah sebab air-cond gerabak kami memang tak boleh dibetulkan. Keretapi pula bergerak perlahan. “Bila nak sampai kalau macam ni.Dah la panas”, aku merungut seorang diri. Memang mencabar perjalanan ekspedisi ini. Jadi dari malam sampai ke pagi kami terpaksa tidur dan melayan perasaan. Masing-masing tiada mood untuk berbicara.


Nuar mula menyakat kami. “Tengok ni Nuar, kawan kita ni dah sampai Columbia daaa tunggu lama sangat journey nak ke Dabong ni. Asyik tido je. Tak penat ke?”, Bobo yang duduk di sebelah aku memecahkan kesunyian. Aku sekadar tersengih dengan muka masih berbukam sebab baru bangun dari tidur yang tak berapa lena dek jam loceng hand phone Nor. Hah…lupa aku nak cerita. Malam itu, sedang kami lena tidur, aku agak lebih kurang pukul 4.30 pagi, jam hand-phone memekak dan memecah kesunyian malam kala semua penumpang di gerabak lena diulit mimpi. Mula-mula tu berbunyi sekali, panjang buyinya, boleh terima lagi. Mungkin ada orang nak bangun sembahyang isktiharah, agakan aku. Tapi selang 10 minit jam terus memekak. Bunyi jam itu memang dekat dengan pendengaran telinga aku. Aku sudah tidak lena tidur. Aku dengar penumpang lain sudah mula merungut. Manakan tidak, selang 10 minit menjerit memekak. Aku yang sabar, dah tak tahan sabar. Aku dengan mata perpijat-pijat memandang Ai,”Phone sapa tu Ai….memekak betul la”, marah aku. Ai sekadar menjungkit bahu tanda tidak tahu. Dalam hati aku mengagak mesti handphone Nor yang satu lagi sebab Nor membawa dua hand phone tapi agakan aku sekadar tersekat di kerongkong. Aku cuba untuk sambung tidur tapi agak sukar. Jadi aku dan yang lain sekadar tidur-tidur ayam. Aku lihat Nor lena betul tidurnya tak terganggu langsung dengan bunyi jam loceng. Pagi jam 7.00, masing-masing sudah bangkit. Nor orang terakhir yang berjaga. Sedang kami rancak berbual, jam loceng yang menghantui kami berbunyi lagi. Tiba-tiba tanpa disangka Nor bersuara,”Eh, jam loceng handphone Motorola aku la”. Kami dengan serentak meletakkan tangan di dahi dengan muka terkejut sambil menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata, bercampur baur antara kami semua,” Mak oi…HP kau ke Nor, yang memekak…malaun betul la…menyumpah orang-orang kat gerabak ni tau tak”.

Nor sekadar tersengih bak kerang busuk dan dengan nada menikus cuba membela diri yang dah tentu bersalah,” Aku memang biasa set pukul 4 pagi kalau nak bangun pukul 6 pagi. Kalau tak tak pegi keje aku. Aku ingatkan phone Ai. Aku dah kejutkan dia suruh off kan jam tu sebab dia ada mention kat aku jangan vibratekan phone kalau nk save bateri handphone. Aku ingatkan dia lupa nak turn off jam dia. Sorry la korang”. Penumpang yang lain sekadar melihat drama kami dan aku rasa mata mereka dah tersembul keluar tanda marah. Dah la panas, jam yang entah tidak diketahui punca mengganggu sepanjang malam. Tapi nasib baik tiada siapa yang sound. Kalau tidak, malu dan bersalah juga kerana kami sibuk memaki hamun kerana ingatkan penumpang lain dalam gerabak yang buat hal, rupa-rupanya teman kami sendiri.. Hai, Nor,Nor. Nasib baik la kau ni kawan kitaorang. Kalau tidak……..!!!!


Pagi itu jam menunjukkan pukul 0730. Sepatutnya kami sudah pun berada di stesen Dabong. Tapi entah kenapa kami masih lagi belum sampai. ”Lagi 2 atau 3 jam baru sampai”, Bobo menyatakan secara ringkas. Pagi itu barulah aku mengenali Bobo, Nuar dan Mijan (ahli-ahli lelaki). Untuk menghilangkan kebosanan kami, Bobo menjadi tour guide secara tak rasmi. Tindakan Bobo sedikit sebanyak menceriakan aku dan kawan-kawan.

Akhirnya setelah 20 jam berpanas dalam gerabak F4, kami selamat sampai ke stesen Dabong. Itupun matahari sudah hampir tegak di kepala. “Panas lagi,” aku merengus pendek.

bersambung..........

Part II..

Kami lekas-lekas turun dari keretapi kerana pertamanya keretapi hanya singgah sebentar cuma di stesen Dabong sekadar untuk menurunkan penumpang dan yang keduanya, kami dah tak tahan panassssssssssss.

Berpijak sahaja di stesen Dabong, Nina dan yang lain mengajak untuk bergambar. Hanya aku dan Nina yang membawa kamera. Yang lain sekadar menngunakan kamera hand-phone. Aku malas nak keluarkan kamera, jadi kamera Nina menjadi mangsa untuk capture gambar-gambar kami. Rupa-rupa ahli JDM galak bergambar terutamanya Lynn dan dia suka mendepangkan tangan sebesar alam. Habis muka aku di’cover’nya. Geram juga aku. Nasib baik ambil gambar dua kali…kalau tidak….(jangan marah ya Lynn…hahaha) dan tidak kurang galaknya ahli yang lain. Aku pun turut sama galak bergambar.

Sementara menunggu van untuk sampai ke kaki gunung Hutan Jelawang (aku tak berapa pasti mana satu nama yang betul, adakah aku patut merujuk sebagai Gunung Dabong? Hutan Jelawang? atau Gunung Jelawang?), kami duduk berehat di sebuah warung bersebelahan stesen Dabong. Kami membersihkan diri mana yang patut dan breakfast sama. Perut aku meragam pagi itu, jadi aku hanya memesan teh tarik sekadar untuk mengalas perut. Syawal, Nuar, Bobo dan Mijan keluar berjalan di sekitar untuk membeli roti, sayur dan bahan makanan yang lain. Kami sempat membeli bekal makanan untuk makan tengahari dan diikat di beg masing-masing (kalau ada kayu panjang, letak bungkusan baju di sebelah kanan dan bungkusan makanan di sebelah kiri, maka akan terbitlah scene cerita P Ramlee..hahaha. Tapi mana boleh panjat gunung buat macam tu..mau bertaburan). Setelah lebih kurang 15 minit menunggu, van yang ditunggu sampai. Kami terpaksa melintas landasan kerana laluan ke kaki Gunung Hutan Jelawang bertentangan dengan tempat menunggu. Dalam pada yang lain sudah memunggah barang masuk ke dalam van, aku, Nina dan Lynn sempat berhenti sebentar di landasan untuk mengambil gambar. “Hemmm…sempat lagi tu”, aku berkata sambil tergelak. Setelah semua ahli menaiki van, perjalanan kami ke kaki Gunung Hutan Jelawang bermula. Rasanya seperti menaiki roller coster…van kampung memang begitu keadaannya. Walaupun sudah usang tapi masih berbakti pada tuannya. Inilah sumber rezeki orang-orang Kampung Dabong. Aku kurang pasti berapa bayaran untuk pengangkutan van ini kerana belanjawan di tangan ahli lelaki. Kami ikut saja. Kami singgah sebentar di kedai ayam tepi jalan untuk membeli ayam. 2 ekor ayam yang sudah siap disembelih dan dibersihkan dibeli oleh Bobo untuk bekalan makanan kami nanti. Lynn dengan agak ragu bertanya, "Eh, ayam yang beli ni, ayam yang bersepah jalan-jalan kat tanah ke? Aku tak makan la'. "Eh, tak la...ni ayam diaorang bela. Bukan main lepas je. Takkan la diaorang nak pegi kejar ayam satu kampung everytime orang datang beli. Haru la macam tu.Lagipun ayam kampung ni elok la.Takde inject2 macam ayam bandar. Ala...ok punya", bidas Nurul. Yang lain pun turut menyampuk dari topik ayam kampung, ke ayam bandar, ayam tua dan kisah Nor yang pakar masak lebih-lebih lagi dia ada pengalaman mengendalikan kedai roti. Sure kalau masak cake sedap ni. Setelah selesai membeli ayam, van berpatah balik ke laluan setentang. Rupa-rupanya perlu ikut jalan lain untuk sampai. Ahli perempuan bergambar lagi dalam van. Mesti yang lelaki pening melihat karenah kami. They have to deal with it lah.

Di pertengahan jalan, Bobo dan Syawal meminta pakcik van berhenti sebentar di tepi jalan kerana pemandangan air terjun Hutan Jelawang sayup-sayup kelihatan. Kami dengan tidak membuang masa mengambil peluang bergambar. Bergambar lagi. Tak pernah puas. Selepas 20 minit, kami sampai akhirnya di kaki gunung Hutan Jelawang. Kedatangan kami disambut oleh 2 orang pemuda di pondok berdekatan. Syawal, Bobo, Nuar dan Mijan beramah mesra dengan mereka. Rupa-rupanya mereka kenal antara satu sama lain kerana ini adalah ekspedisi kali kedua buat Syawal, Nuar dan Bobo manakala kali pertama buat Mijan.

Kami memunggah barang-barang dalam backpack dan membawa mana yang perlu. Ahli lelaki mengagih-agihkan barang makanan untuk dimuatkan ke dalam bagpack ahli-ahli perempuan. Antara semua, beg aku paling kecil dan beg kasut aku disumbat dalam beg Nuar sebab Nuar pantang melihat ahli ekspedisi memegang beg. Tak praktikal katanya. Semua perlu digalas. Aku mana la tau benda-benda ni semua sebab ini kali pertama aku panjat gunung. Aku menawarkan diri membawa makanan. Dua palstik tepung gandum dan 1kg beras diserahkan kepadaku. Yang lain pun turut sama memuatkan barang makanan ke beg masing-masing. Tapi kesian Nurul. Begnya lebih tinggi dari tuan. Mesti berat. Kalau aku, tak tau boleh pikul ke tak. Salute la sama Nurul.

Tanpa memanaskan badan, Bobo memulakan ekspedisi. Aku membontoti langkah Bobo. Yang lain ada dibelakang. Nampak sahaja laluan untuk sampai ke air terjun, aku hampir pengsan, “Ni Nina cakap lalu denai je pastu sampai. Denai apa macam ni. Ni adik tiri denai ni…Semput la aku. Nanti kau Nina”, gerutu aku dalam hati. Tapi disebabkan dah sampai, nak tak nak aku terpaksa juga meneruskan perjuangan. Takkan nak patah balik KL sorang-sorang.

Aku kuatkan hati untuk meneruskan pendakian. Aku gagahkan juga kaki dan tulang empat kerat aku. Nasib baik la aku agak bermotivasi dan pantang mengalah. Semangat inilah yang meneruskan setiap langkah aku. Aku tak toleh belakang lagi…Bobo cakap jangan pandang belakang (macam tajuk filem seram lakonan Pierre Andre yang bakal ditayangkan tak lama lagi), bukan kerana misteri seperti filem itu tapi Bobo tak mahu aku hilang motivasi untuk meneruskan pendakian. Sampai di batuan air terjun setelah mendaki selama lebih kurang satu jam setengah (entah…aku main cakap je….main agak-agak je waktu pendakian), aku dan Bobo berhenti rehat menunggu yang lain. Muka aku dah macam muka mayat. Pucat. Bobo relaks je sebab dah biasa. Dalam aku menunggu yang lain, anak arwah Pak De (orang yang berjasa/bertangungjawab mencari trek hutan Jelawang dan mendirikan Baha base camp, menurut cerita Bobo la) melintasi kami. Lupa pula aku nama anak arwah Pak De. Bobo ada mention tapi aku lupa. Tak sampai 10 minit, Nina, Lynn, Ai, Nor sampai. Kami tak melepaskan peluang mengambil gambar sementara menunggu Mijan, Nuar dan pasangan bahagia Nurul & Syawal. Bila Nampak kelibat mereka berempat, Nina dan aku capture the moment. Candid. Sempat Nurul dan Syawal berpegangan tangan untuk sampai ke tempat kami berkumpul. Yang lain dah riuh bersorak “Phewit…pegang tangan. Pasangan bahagia. Seiring dan sejalan, seindah bunga di taman….,” sorakan itu bercampur antara kami semua.

Perjalanan diteruskan semula. Bobo dan aku jalan di depan. Aku mahu cepat sampai. Tak larat. Lebih kurang setengah jam perjalanan (aku agak lagi kali ini), aku dan Bobo tiba di wakaf. Kami berhenti buat kali kedua menunggu yang lain. Di wakaf kelihan 2 orang pemuda sedang berehat. Orang tempatan. Katanya membawa rombongan pelajar sekolah. “Iskh...ada ke buat rombongan panjat gunung, pegi la KLCC ke, Twin Tower ke…ni panjat gunung!!!’, aku mengomel sendirian. Tak mampu nak berkata-kata dek penat yang melampau.

Selang 10 minit, yang lain tiba. Syawal dan Nurul yang terakhir sampai. Kami bersorak beramai-ramai sebagai memberi semangat. Cha yo! Cha yo! Sekali lagi, kesian aku lihat Nurul menggalas beg yang berat. Aku tak berani nak offer untuk mengangkat begnya sebab aku tahu aku tak mampu. Maaf Nurul. Kami melepaskan lelah di wakaf sambil yang lain berbual pendek dengan 2 orang pemuda tadi. Dalam pada aku dan yang lain duduk, Syawal dan Nuar sempat berteriak kecil “Fuyooo…boleh tahan gak budak-budak ni. Power tu Aliyah. Sampai dulu dari kami”. Bobo pun mengiakan dan bersetuju dengan pernyataan Nuar dan Syawal. Aku sekadar membalas,”Mana ada…aku ikut Bobo la…Bobo cepat aku cepat la…takut kena tinggal sebenarnya…haha’.

Kami bergambar lagi….hai…pening la yang lelaki dok tengok gelagat kami yang asyik bergambar walaupun penat.

[i]Bersambung….tak larat nak taip ni




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net