Nu*rule's FotoPage

By: Nu Rule

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 12-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Midvalley - KLIA



Spent quality time @ the Gardens, Midvalley..

Lunch @ Rak Thai - Not badddddd....

Sent Syawal to KLIA for his Cairo & Umrah trip.. again ......


Saturday, 29-Mar-2008 13:40 Email | Share | | Bookmark
Majlis Aqiqah MiQdad Usaimin B Mohd Syawallddin




Alhamdulillah.. everything went well.
Lepas sahaja solat jemaah zuhur.. majlis tahnik pun bermula..
Imam menerangkan ayat al-quran & sunah Rasullah SAW berkenaan dengan Aqiqah & Tahnik








Imam giving Miqdad a taste of qurma & honey..


Tgk dr jauh je...


Majlis di akhiri dengan doa..


It's makan timeeee..






Miqdad & Grandbaba..


Miqdad with Grandmama & Grandaunty Zaini..












Friends who came...










Faces..


tunggu hujan reda..

|**Credits to fellow photographers: Uni fr IkIP, Agus fr KoNserT, Whale fr TTDI**|

A little bit about "Aqiqah"... from Alaf21's website..

MAJLIS AKIKAH

Soalan:
Assalamualaikum......

Saya ingin bertanya,
Bagaimanakah cara majlis akikah (cukur jambul) bayi yang benar2 dituntut oleh Islam.Adakah wajib menyembelih haiwan ternakan seperti kambing dan apakah yang perlu dilakukan semasa majlis diadakan? Harap pihak tuan atau puan dapat membantu saya.

Ruziena Ahmad

Jawapan:
Terima kasih kerana sudi bertanya. Bersyukur kepada ALLAH di atas limpah rahmat yang dianugerahkan kepada kita. Akikah merupakah salah satu perbuatan yang amat digalakkan dalam Islam. Perbuatan ini terdapat dalam hadis sahih dan amalan Rasulullah s.a.w.

Untuk makluman anda, akikah berbeza dengan cukur jambul. Tetapi, masyarakat kita selalu tersalah faham dengan kedua-dua majlis ini. Akikah ialah perbuatan menyembelih binatang ternakan sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH di atas kelahiran bayi yang baru pada hari ke 7, 14 atau 21 hari. Manakala, cukur jambul pula ialah perbuatan mencukur semua rambut bayi pada hari ketujuh kelahirannya.

Perbuatan menyembelih binatang akikah hanya disunatkan dalam Islam. Ini kernan ia adalah sunnah daripada Rasulullah s.a.w. ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:

Samurah bin Jundub r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda & maksudnya:
“Anak yang baru lahir hendaklah diakikahkan untuknya dengan menyembelih binatang pada hari ke tujuh. Pada hari itu juga diberikan nama-nama yang baik serta dicukur semua rambutnya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, al-Nasai, dan Abu Daud)

Tidak ada pendapat yang sahih mengatakan bahawa ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kadang-kadang, ada orang yang menunaikan akikah ini walaupun umurnya sudah lanjut, sedangkan sunnah melakukan akikah semata-mata melahirkan rasa syukur ketika mendapat anak yang baru dilahirkan.

Tidak pernah thabit perbuatan para sahabat, apabila mereka kembali kepada Islam, mereka disuruh melakukan akikah. Ini kerana, akikah hanya dilakukan pada hari ketujuh sahaja. Tetapi, sebahagian ulama mengharuskan hingga ke hari 14 dan 21.

Pendapat kebanyakan ulama hanya mengharuskan untuk melewatkan akikah, tetapi dengan syarat ia masih kanak-kanak. Tetapi, kalau sudah dewasa, ia tidak termasuk sunnah dan hanya dikira sebagai sedekah biasa.

Jika bernazar seperti katanya: ‘Kalau ada rezeki, saya akan tunaikan akikah ini’ dia wajib menunaikannya walaupun telah dewasa. Jika tidak mampu, dia terlepas daripada kewajipan ini.

Manakala, kadar bilangan binatang yang digunakan mengikut jantina, iaitu lelaki dengan dua ekor kambing dan perempuan dengan seekor kambing.

Aisyah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda & maksudnya:
“Diperintahkan melakukan akikah bagi anak lelaki dengan dua ekor kambing dan bagi anak perempuan seekor kambing.”(Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, al-Nasai dan Ibn Majah)

Selain itu, anda boleh makan daging akikah tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis di bawah:

Aisyah r.a berkata mengenai daging akikah:
“Agihkan ia. Kamu boleh makan dan buat lauk.”(Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf)

Ibn Sirin dan Hasan al-Basri berkata:
“Kedudukan akikah sama dengan binatang korban. Ia boleh dimakan dan dijadikan lauk pauk.” (Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah)

Terdapat banyak perbuatan sunat boleh dilakukan pada majlis akikah itu. Antaranya,
1- Tahnik
Tahnik ialah perbuatan membelah mulut bayi dengan manisan seperti kurma, kismis dan sebagainya. Perbuatan ini tergolong dalam sunnah Rasulullah s.a.w. ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:

Abu Musa al-‘Asy’ari r.a berkata & maksudnya:
“Anak lelaki aku baru dilahirkan lalu aku bawa kepada Nabi s.a.w. Beliau menamainya dengan Ibrahim dan menyuapkan buah kurma ke dalam mulutnya (tahnik) serta mendoakan keberkatan buatnya. Setelah itu, dia mengembalikan anak itu kepadaku.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2- Memberi nama
Kita disunatkan supaya memberi nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada hari akikah tersebut. Oleh itu, berikanlah nama-nama yang terbaik untuk bayi anda. Janganlah mencipta nama yang terlalu moden sehingga anda sendiri tidak tahu maksudnya. Ini kerana, nama adalah doa pada seseorang.

Samurah bin Jundub r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda & maksudnya:
“Anak yang baru lahir hendaklah diakikahkan untuknya dengan menyembelih binatang pada hari ke tujuh. Pada hari itu juga diberikan nama-nama yang baik serta dicukur semua rambutnya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, al-Nasai, dan Abu Daud)

3- Mencukur semua rambut

Kita disunatkan mencukur semua rambut bayi pada hari ketujuh kelahirannya. Terdapat kesilapan masyarakat kita pada hari ini. Mereka hanya mencukur jambul sahaja. Ini bukan perbuatan Rasulullah s.a.w. Baginda menggalakkan umatnya supaya mencukur semua rambut bayi yang baru lahir. Ini berdasarkan hadis di bawah:

Ali bin Abu Talib r.a berkata & maksudnya:
“Rasulullah s.a.w telah mengakikah untuk cucunya al-Hasan dengan seekor kambing. Kemudian baginda bersabda: Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan sedekahkan meningikut timbangan berat rambutnya dengan harga perak. Aku (Ali) berkata: Berat timbangan itu ialah satu dirham atau setengah dirham.”(Hadis riwayat al-Tirmizi)

4- Khitan (bersunat) kerana menjaga kebersihan anak-anak daripada najis.

Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Fitrah sebagai seorang Muslim lima: berkhitan, cukur ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai.”(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebagai seorang Muslim, kita perlu melakukan apa yang telah disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Ia adalah sunnah yang perlu dihidupkan. Luaskan ilmu agama dengan memperbanyakkan membaca, meneliti dan mengkaji hukum ALLAH ini.






Saturday, 22-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Makan & jalan @ KLCC

Sejak pindah office lama dah x pi KLCC... & since my beloved "beras" wanted to go.. we went there.. n kebetulan Isetan sale.. hehe.. sejak ader Miqdad.. bertambah la alasan I nak shop sesaja... heheh





Monday, 10-Mar-2008 09:25 Email | Share | | Bookmark
and the PEOPLE have spoken.. Makkal Sakhti!

Ceritera PRU-12..

Penamaan Calon - Titiwangsa


the Nite before..


the ELECTION day


Saturday, 23-Feb-2008 23:00 Email | Share | | Bookmark
Out with MiQdad!!

Went out to Pavilion & B.B with mommy's & abi's friends....


lil MiQdaddy...haha


Ct & Rozam showing their skills..


It's been a while x kluar with these 2 - most eligible bachelors..hihi winduuuuuuuuuu!!


"and the couple of the year award, goes to......."


ala-ala candid


mommy & abi..


drama of the day.. haha





[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net